CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday 11 April 2011

~cubaan membunuh diri~

Hangpa korang semua mesti rasa nak tahu kan rahsia disebalik tajuk "cubaan membunuh diri" ni kan ? betoi tak?? kan?kan?kan?... Haaa..mai sini Miza nak cerita sikit. Cerita dia macam ni,tersebut lah al-kisah~

Tempat: Kolej Za'ba,UKM
Tarikh: 11/04/2011
Hari: Isnin
Jam: Pukul berapa tah(tak tengok jam la pulak) tp petang la..
cuaca: Mendung..langit gulap gelap..macam nak hujan..tp xujan pun.Guruh pulak duk berdentum dentam

Nak di jadikan cerita..pagi tu,Miza ada exam kat dewan budiman kat dalam UKM ni,paper Pembangunan Insan. korang tau x? Disebabkan paper tu xde kena mengena pun dengan tajuk entri kita kali ni..SOoo..Malas la miza nak cerita pasal paper ape tu kat korang (korang buat2 tahu je la deh).. huhuhu..dah2 cukup!! (>.<)..kita sambung balik cerita tadi.Setelah penat memerah otak kononnya la (weks!)..balik je exam,cabut baju tudung,tanggal make up segala bagai.. DUMMmm..Miza pun tdo, mmg tak pikir panjang dah sbb Miza pikir pendek je...Miza tido dgn baju kurung ok..tersangatlah SLEEPING BEAUTYnya..hakhakhak..

 ZzzZZZzzzZZZZzzzZZZZzzzZZZZ...(proses peniduran berlaku dgn lancarnya)

Sedar2 je dah petang..
"eh..nak hujan la" kata miza dalam hati..dah la cakap dalam hati..cakap sorang2 plak tu. Mcm orang gila je rupenye..huhuhu. Miza pun jalan la tertonggek-tonggek  terkedek-kedek ke tingkap, kononya nak tengok langit.."hmm..gelap,mesti sat lagi hujan" miza cakap sorang-sorang lagi. Dah alang-alang kat tingkap tu..Miza pun bertonggek bertenggek la kat tepi tingkap tu sat, saje je la duk usha2 orang duk angkat kain,duk tengok2 burung duk benyanyi "kecip..kecip..kecip"  kat bumbung sambil minum teh suam yang Miza sempat buat sebelom Miza tido td. Slllruuuppp...hmm,sedap!

lebih kurang mcm ni la rupe air teh Miza tp cawannya tak la secanthek ni (>.<)

Tetiba je..mata Miza nampak makhluk berbulu 2 ekor plak tu kat tingkap depan bilik Miza."nampak gayanya macam nak terjun bangunan..haishhh biar betul..takkan la Za'ba nak masuk berita sekali lagi. Ke aku mimpi ni?" Miza cakap sorang2 lagi..Sepantas kilat,Miza pun tenyeh2..gosok2 la mata Miza ni(yela..miza ni rabun sikit..takot la jugak salah tengok sat g.Sia2 je test suara menjerit tak tentu pasal). Sekali korang tau tak Miza nmpak ape?? cube teka? mesti korang tak tau kan?kan?kan?...jeng..jeng..jeng..cuak tak?cuak tak? hakhakhak..

Jeng..Jeng..Jeng..Miza nampak teddy bear gemok duk bertonggek bertenggek kat tingkap "mummy" dia la.Cute + sweet korang tau tak..meh sini Miza nak tayang tunjuk gambo budak bear 2 ekor tu kat korang..kalau korang nak tahu,teddy bear dua ekor ni lagi besar dari 'abg kecik' Miza tau. Jap!!Jap!! korang tahu ke sape abg kecik??? doktor? lawyer? majestrit?? tp semua bukan..'abg kecik' tu teddy bear yang abg askar bagi kat Miza.Auuchhh~ maluuuu...hakhakhakhak.Gatai!!
tengok!! tengok!! cute kan?? sekor coklat,sekor krim tp dua2 ekor gemok.
Terkesima+ terkedu + tergamam + terkagum tp naseb baek tak terkentut Miza tengok teddy-teddy bear tu..Walaupun teddy bear tu berbulu + gemok tp serius comey ok.


p/s kat teddy bear tu: tu la...sape suruh nakei sangat...kan dah kena denda dengan 'mummy' korang. Naseb baek la dia suruh korang bedua betenggek kat tingkat je..kalu die suruh tejun bangunan tadi mcm mn?sape nak jawab?? ce cite..ce cite..hakhakhak

~AkHiRnyAa~

Assalamualikum semua! Hmm tajuk entri kali ni adalah akhirnya..Tp bukan akhirnya pun tp awalnya kot. Almaklumla...baru nak menjinak-jinakkan diri dengan dunia blog ni (menjinak-jinakkan diri?? haishh..dh mcm kucin plak duk jinak-jinak) hehehhe...watever la..
Nak cerita ni,dengar la..dengar la..ehem..ehem ~(^_^)~hmm..dengan ini miza dengan bangganya mengishtiharkan bahawa sekarang miza dah ada blog.YES!!!! dengan kata laen kini miza dh up sikit la dr kawan miza lain yg xde blog tu..So, bole la nak belagak sekejap dgn diorang ni..hikhikhik
Bangga okeh!!
Tapi tak bole la nak dibangga-bangga kan sangat sebab sekarang ni budak sekolah pun dah ada blog sendiri ok. Chantek-Chantek pulak tu. Yang miza ni je dah umo 23 taun baru terhegeh-hegeh nak buat blog.Dah la x chantek plak tu..hukhukhuk Malunya..
malu kite taw..
(euuww ..gediknye,menyampah!!)
So..kalau ada pape yang kurang tu,terasa bosan ke,tak menarik ke..korang tutup je la telinga mata tu k

p/s: sorry!!! saya budak baru belajo..ngehngehngeh