CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday 22 April 2011

Memori Tercipta bersama MISS RUMET




Hari ni 22 April 2011 jam 4.30++, secara rasminya aku dengan rumet aku,Amal Ismail berpisah.
Setelah 4 taun aku sebilik dengan dia, since dari ground floor D2 masa first year sampai la masing2 dah selamat menghabiskan pengajian kat UKM ni. Harini masing2 dah bawak haluan masing2 untuk meneruskan kehidupan ni.

Macam2 suka duka aku share dengan dia..sama2 harungi minggu 3M yg memenatkan..sama2 bangun sahur n buka puasa sama2 masa bulan puasa sepanjang 4 tahaun kat UKM ni,sama2 mengamuk masa bilik kena pecah masuk dengan pencuri yang kejam, sama2 masak spagetti n tomyam dengan cik Azreen then makan sampai nak pecah perut n bla bla bla..

Seriously sebelom ni aku xpenah rasa sedeh kalau si Amal ni balik umah masa weekend or balik awal after exam..tp hari ni aku betul2 tacim. Ye la mana tak nya..sebelom ni kalau naik sem baru je still bole jumpa lagi, tp sekarang no more next sem means aku da x bole jumpa dia dh. 4 taun babe aku sebilik dengan dia..mcm2 perangai dia aku dah tengok..

Masa dia nak balik dah,after ayah dia call..masing2 nak control macho..masing2 x nak nangis.Tp hati aku sebak je tengok die duk kemas2 barang. Sambil tu dia duk pesan kat aku macam2 duk pot pet pot pet..aku betahan lagi ati aku ckp sabar Miza sabar...last2 saat aku peluk je die terus air mata bergenang n bertakung dekat kelopak mata aku ni..sedeh weh,lepas ni dah tak boleh jumpa dh..kalau nak jumpa pun masa konvo nnt..tu pun lambat lagi kot..aku anta dia sampai kat depan pintu..aku tengok je dia jalan turun tangga. Dia tak toleh belakang pun masa tu(T_T).So xpe la,aku pun tutup pintu.Aku sambung tengok dia jalan kat jambatan blok..sekali lagi die tak tengok pun kat bilik kitaorg..aku tercongok je kat tingkap bilik,may be dia tak perasan kot aku duk kat situ.. aku nak panggil, aku tak sanggup..so aku tengok je dia jalan kat situ.air mata dh berjurai dah masa tu..

Then,lepas aku pasti yg amal xkan naek bilik lagi.aku pun g toilet nak amik wuduk sbb asar dh masuk. Masuk2 je bilik lepas tu..aku rasa kosong,sunyi je bilik aku time tu..dengar bunyi kipas je duk berpusing kat dalam bilik aku ni.Kalau la aku switch off kipas tu,mesti aku boleh dengar tapak kaki cicak yg ada dalam bilik aku ni.Seram gak aku kalau bole dgr macam tu huhuhu..so,lepas solat aku pun buat la keja sendiri smpai maghrib..

Jam dah menunjukkan pukul 8.00 mlm..

Disebabkan aku sunyi,sorang2 je dalam bilik ni..maka aku bercadang nak tido awal. Awal gila aku nak tido..mana tak nya,aku rasa macam duduk dalam gua yg ada kipas ko tau x? so nak dipendekkan cerita..aku pun landing la atas katil aku yg empuk ni..tetibe je aku rasa kat belakang aku ada benda keras2..tangan aku pun sibuk la duk cari benda ape la yg keras2 kat belakang aku ni..tup..tup tgn aku terpegang botol kaca..aku pun tengok la botol ape kot la botol minyak ke kan..

Terpandang je botol kaca tu..seperti air terjun air mata aku keluar..present dr amal yang dia buat sendiri. Botol yang ditutup dengan gabus dalam botol tu pulak ada bintang2 kertas yg berwarna warni n ada 2 wasiat kecik. Pastu kat dalam tu ada bebola lampu yang akan bernyala kalau kita shake2 kan dia..canthek~ kagum aku tengok..aku pun x sekreatif macam dia ok..thanks Amal for da present!!!

Ni la rupa present a.k.a botol kaca yang Amal kasik kat aku tu. Dalam tu ada bintang2 kecik yg berwana wani n ada 2 gulung wasiat kecik.Kreatif kan?
Ni pulak rupa present tu kalau aku shake2 kan dia..ada lampu berkelip-kelip.canthek~

I'm gonna miss u Amal~

Lepas ni..aku dh dgr dh lagu2 korea duk membisingkan berlegar legar dalam bilik aku..

Lepas ni..aku dah xdengar dah amal duk nyanyi lagu2 korea yg aku tak paham sepatah pun yg die nyanyi..yg aku paham perkataan "sarang" je huhuhu

Lepas ni..aku dah x bole tengok la segala jenis cekak dia yg ala-ala minah korea tu..

Lepas ni..mesti pepagi buta aku sunyi je sbb selalunya mesti dgr dia duk gelak kuk kik kuk kik depan laptop duk tengok korea..

Lepas ni..aku xdengar dah celoteh dia duk cerita kat aku cerita korea ni best..cerita korea tu best..mamat korea ni hensem,mamat korea tu comel..

Lepas ni..mesti tak de sape dh nak tolong belikan aku bakso kat pasar malam tu..

Lepas ni..mesti hari2 aku kat bilik ni sunyi..kosong..

Amal..di kesempatan ni(tak tahu la Amal baca ke tak blog ni) kami..nak mintak maaf k kalau km ada tekasar or terburuk laku..halalkan makan minum kmi kalau2 kami ada tumpang sekaki dua masa amal makan tu,halalkan hutang2 kami kot2 kami terpinjam..terguna duit amal yg kami lupa nak bayar. I'allah..kalau ada umur yg panjang kita jumpa lagi k masa konvo nnt..igt! km nak tengok baju konvo amal yg warna purple tu nnt..JAGA DIRI BAEK2 AMAL..jgn terpengaruh sgt dgn korean tu..bukannya best pun..hikhikhik..I'M GONNA MISS U,AMAL,seriously.jangan lupakan kan kami tau.jgn lupa jemput masa "kenduri doa selamat" amal tu..huhuhu..semoga persahabatan kita kekal smp akhir hayat k..I LOVE YOU(T_T).KEEP IN TOUCH k..

~u r my best friend n rumet i have AMAL~

kalau Amal perasan..sehari 2 ni kami ala2 bad mood sikit..it's becoz tengok Amal pack barang duk bejola joli sini sana..huhuhu




p/s: cukup la setakat ni je entri kali ni sebab aku tak larat dah nak lap air mata dgn hingus..huhuhu (T_T)








Wednesday 13 April 2011

~lihatlah,pandanglah,tenunglah n skodenglah~


Hai koranggggg...(sambil melambai lambaikan tgn kat korang..hikhikhik)

Miza nak tunjuk kat korang ni...

Tengok la...sekarang ni blog Miza dah canthek dah. Jap..Jap.Jap..chantek ke?? huhuhuhu..Yela..xdela chantek mna pun..tahu la korang punya blog lagi canthek lagi tip top dr Miza punye kan? menci tau menci..huhuhu.Tp atleast chantek sikit la dr yg sebelum ni punya kan. Korang tengok la, sekarang ni dh ada lagu (nk tny jap..hmm..sedap tak lagu yg Miza tempek tu,mendayu-dayu je weh..bole tertido kalu dengar time mengantuk.huhuhu)...pastu dah ada gambar sekeping dua..pastu dah ada munge2 siap ade salji2 lagi tau..hmmm chantek kan?? So...baru la Miza ada semangat yg berkobar-kobar sikit nak hapdet blog ni. Pastu korang pun
baru la nak rajin sikit jalan2 kat blog Miza ni kan? hikhikhik..(euuwww..koya je tau,bajet fofular je)



ok la..nnt kita jumpe lagi deh?

Papai~




p/s: korang tengok la..cinonet je entri Miza kali ni...bukan ape...dh gian sgt la tu nak hapdet..huhuhu

Monday 11 April 2011

~cubaan membunuh diri~

Hangpa korang semua mesti rasa nak tahu kan rahsia disebalik tajuk "cubaan membunuh diri" ni kan ? betoi tak?? kan?kan?kan?... Haaa..mai sini Miza nak cerita sikit. Cerita dia macam ni,tersebut lah al-kisah~

Tempat: Kolej Za'ba,UKM
Tarikh: 11/04/2011
Hari: Isnin
Jam: Pukul berapa tah(tak tengok jam la pulak) tp petang la..
cuaca: Mendung..langit gulap gelap..macam nak hujan..tp xujan pun.Guruh pulak duk berdentum dentam

Nak di jadikan cerita..pagi tu,Miza ada exam kat dewan budiman kat dalam UKM ni,paper Pembangunan Insan. korang tau x? Disebabkan paper tu xde kena mengena pun dengan tajuk entri kita kali ni..SOoo..Malas la miza nak cerita pasal paper ape tu kat korang (korang buat2 tahu je la deh).. huhuhu..dah2 cukup!! (>.<)..kita sambung balik cerita tadi.Setelah penat memerah otak kononnya la (weks!)..balik je exam,cabut baju tudung,tanggal make up segala bagai.. DUMMmm..Miza pun tdo, mmg tak pikir panjang dah sbb Miza pikir pendek je...Miza tido dgn baju kurung ok..tersangatlah SLEEPING BEAUTYnya..hakhakhak..

 ZzzZZZzzzZZZZzzzZZZZzzzZZZZ...(proses peniduran berlaku dgn lancarnya)

Sedar2 je dah petang..
"eh..nak hujan la" kata miza dalam hati..dah la cakap dalam hati..cakap sorang2 plak tu. Mcm orang gila je rupenye..huhuhu. Miza pun jalan la tertonggek-tonggek  terkedek-kedek ke tingkap, kononya nak tengok langit.."hmm..gelap,mesti sat lagi hujan" miza cakap sorang-sorang lagi. Dah alang-alang kat tingkap tu..Miza pun bertonggek bertenggek la kat tepi tingkap tu sat, saje je la duk usha2 orang duk angkat kain,duk tengok2 burung duk benyanyi "kecip..kecip..kecip"  kat bumbung sambil minum teh suam yang Miza sempat buat sebelom Miza tido td. Slllruuuppp...hmm,sedap!

lebih kurang mcm ni la rupe air teh Miza tp cawannya tak la secanthek ni (>.<)

Tetiba je..mata Miza nampak makhluk berbulu 2 ekor plak tu kat tingkap depan bilik Miza."nampak gayanya macam nak terjun bangunan..haishhh biar betul..takkan la Za'ba nak masuk berita sekali lagi. Ke aku mimpi ni?" Miza cakap sorang2 lagi..Sepantas kilat,Miza pun tenyeh2..gosok2 la mata Miza ni(yela..miza ni rabun sikit..takot la jugak salah tengok sat g.Sia2 je test suara menjerit tak tentu pasal). Sekali korang tau tak Miza nmpak ape?? cube teka? mesti korang tak tau kan?kan?kan?...jeng..jeng..jeng..cuak tak?cuak tak? hakhakhak..

Jeng..Jeng..Jeng..Miza nampak teddy bear gemok duk bertonggek bertenggek kat tingkap "mummy" dia la.Cute + sweet korang tau tak..meh sini Miza nak tayang tunjuk gambo budak bear 2 ekor tu kat korang..kalau korang nak tahu,teddy bear dua ekor ni lagi besar dari 'abg kecik' Miza tau. Jap!!Jap!! korang tahu ke sape abg kecik??? doktor? lawyer? majestrit?? tp semua bukan..'abg kecik' tu teddy bear yang abg askar bagi kat Miza.Auuchhh~ maluuuu...hakhakhakhak.Gatai!!
tengok!! tengok!! cute kan?? sekor coklat,sekor krim tp dua2 ekor gemok.
Terkesima+ terkedu + tergamam + terkagum tp naseb baek tak terkentut Miza tengok teddy-teddy bear tu..Walaupun teddy bear tu berbulu + gemok tp serius comey ok.


p/s kat teddy bear tu: tu la...sape suruh nakei sangat...kan dah kena denda dengan 'mummy' korang. Naseb baek la dia suruh korang bedua betenggek kat tingkat je..kalu die suruh tejun bangunan tadi mcm mn?sape nak jawab?? ce cite..ce cite..hakhakhak

~AkHiRnyAa~

Assalamualikum semua! Hmm tajuk entri kali ni adalah akhirnya..Tp bukan akhirnya pun tp awalnya kot. Almaklumla...baru nak menjinak-jinakkan diri dengan dunia blog ni (menjinak-jinakkan diri?? haishh..dh mcm kucin plak duk jinak-jinak) hehehhe...watever la..
Nak cerita ni,dengar la..dengar la..ehem..ehem ~(^_^)~hmm..dengan ini miza dengan bangganya mengishtiharkan bahawa sekarang miza dah ada blog.YES!!!! dengan kata laen kini miza dh up sikit la dr kawan miza lain yg xde blog tu..So, bole la nak belagak sekejap dgn diorang ni..hikhikhik
Bangga okeh!!
Tapi tak bole la nak dibangga-bangga kan sangat sebab sekarang ni budak sekolah pun dah ada blog sendiri ok. Chantek-Chantek pulak tu. Yang miza ni je dah umo 23 taun baru terhegeh-hegeh nak buat blog.Dah la x chantek plak tu..hukhukhuk Malunya..
malu kite taw..
(euuww ..gediknye,menyampah!!)
So..kalau ada pape yang kurang tu,terasa bosan ke,tak menarik ke..korang tutup je la telinga mata tu k

p/s: sorry!!! saya budak baru belajo..ngehngehngeh